Friday 13 July 2012

Nasi Goreng Kampung


salam dan selamat sejahtera.

Setelah menulis entry yang panjang berjele-jele, hari ni saye nak cakap sesimple mungkin. Ini hanya untuk  gadis-gadis dara ( perkataan ni tiade dalam kamus dewan ye adik-adik, jangan buat dalam karangan BM anda. sat g x pasai- pasai akak kene saman...wahahaha...okey abaikan je) di luar sana yang nak mencube resepi baru. ok straight to the point.

Bahan-bahan
1 - 1 pot nasi yang telah dimasak
2 - 4 cubit serbuk kunyit
3 - sayur kangkung 
4 - satu senduk minyak masak
5 - Garam dan ajinomoto 
*6 - 4 biji bawang kecil
*7 - 8 ulas bawang putih
**9 - 20 biji padi (jika mahu pedas tambahkan lebih banyak lagi)
**10 - Segenggan ikan bilis
**11 - 1 biji cili hidup ( ni nak ganti cili padi yg cume ade kale hijau je. kalau sudah ada cili padi warna merah, cili hidup ni tak masukkan pon tak pe)

bahan bertanda * ditumbuk separa lumat
bahan bertanda ** dikisar dengan pengisar kering

Cara memasak

1 - Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan yang ditumbuk. Apabila bau bawang sudah naik, masukkan bahan yang dikisar. 

2 - masukkan garam, ajinomoto dan kunyit secukup rasa. Masukkan sayur kangkung dan kacau sehingga sayur sedikit layu.

3 - Masukkan nasi yang telah dileraikan dan kacau sehingga rata. Pastikan api dapur dikecilkan supaya anda tidak makan nasi goreng kampung hangit ye. engat yerrrr..

Jika anda sukakan hiasan dan nak naikkan selere orang yang nak makan, boleh la tambahkan hiasan seperti ikan bilis goreng atau daun sup ataupun bawang goreng. Pasti meyelerakan. haaaa sebelum saye lupe. Kalau korang ade rahsia untuk sedapkan lagi nasi goreng yang simple ni, bolehlah kita sama-sama berkongsi dengan memberi sedikit komen di bawah. Selamat mencuba korang.



tadaaaaa

Nasi goreng by Cik Ada (^,^)/ Nak rase jemput datang ke rumah ye.



No comments:

Post a Comment